Ekstremis dalam bersandarkan diri kepada beberapa stigma masyarakat yang terlalu konservatif dan penakut adalah satu tindakan yang menyempitkan ruang rasional diri. Stigma sosial apabila prejudis dan stereotaip dibaja sebagai satu-satunya acuan dalam membentuk fahaman tentang satu-satu isu. Tiga contoh mudah;
1. Perubatan Moden vs Perubatan Tradisional
Bukan menentang mahupun mengentam secara menyeluruh medium tradisional yang diamal sejak turun temurun, tetapi menjadi sebahagian dari adat masyarakat apabila meletakkan kepercayaan penuh melalui sebaran khabar. Yang sahih ditinggalkan, yang ragu menjadi santapan. Bertanya dahulu sebelum bertindak, kelak badan menjadi ratahan kebodohan diri sendiri.
2. Peranan Mahkamah
Masyarakat terlampau takut untuk membawa perkara ke mahkamah dengan seribu satu tanggapan negatif apabila satu-satu perkara itu dibawa ke medan perdebatan dan usul-periksa. Kenapa harus lupa peranan mahkamah adalah untuk menegakkan keadilan dan mencari penyelesaian yang terbaik. Penyelesaiannya bukan bersandarkan pada duit dan bayaran kompaun semata-mata, tetapi arahan makhamah, larangan mahkamah, dan sebagainya.
3. Politik itu kotor
Politik itu tidak kotor, yang kotor itu mainan politiking oleh seseorang politikus.
Usah stereotaip, jauhi prejudis, buangkan diskriminasi. Kerana dari stereotaip, anda bertindak prejudis, dari prejudis anda mendiskriminasi.
Nota kaki
stereotaip = tanggapan negatif
prejudis = kenyataan negatif terhadap sesuatu
diskriminasi = perbuatan negatif terhadap sesuatu
stigma sosial = tanggapan negatif masyarat terhadap sesuatu
No comments:
Post a Comment