"Assalmualaikum warahmatullah.. Assalamualaikum warahmatullah.."
Zikir yang kemudian disusuli dengan doa sentiasa dititipkan. Asar itu di imamkan oleh Imam Ustaz Nazri. Jemaah bersurai dengan iringan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai.
Kudratku dikerah untuk pulang ke rumah. Awan berarak mendung membawa khabar rahmat tuhan bakal gugur dibumi Cheras. Sapaan hamba Allah dari belakang menyedarkanku dari lamunan.
"Assalamualaikum sahabat"
"Waalaikumussalam" Jawabku.
"Sahabat nak ke mana?". Soal abang yang berjanggut, berkopiah menjaga sunnah Rasulullah s.a.w.
"Nak balik la. Kenapa bang?" Ujar saya.
"Hm, kalau tak keberatan, boleh duduk sekejap, dengar Ta'lim. Kat sini setiap kali lepas Asar ada bacaan Ta'lim". Jawab Abang tersebut.
"Oh, boleh-boleh. Saya pun tengah cuti pertengahan semester 3 ni. Seminggu. Kalau dekat Shah Alam, bacaan Ta'lim masa antara Maghrib dan Isya". Celahku.
Bacaan himpunan hadis tadi benar-benar menggetarkan jiwa kacauku. Mujur cuti singgah sebentar agar beban minda mampu dilepaskan untuk seketika. Bersurainya jemaah tadi dengan salam. Apa yang dicari masih kurang pasti, abang menarik tanganku.
"Sekejap sahabat. Borak la kejap. Bolehkan?" Soal Abang.
"Boleh boleh, tak kemana pun ni bang".
"Abang nak nasihatkan je, sahabat hidup, jangan dikejarkan sangat dunia. Akhirat itu lebih penting. Kumpul 'ilmu' dan 'harta' sebagai bekalan kat akhirat kelak. Kalau kita kejar akhirat, dunia akan datang kepada kita[1]. Tengok macam abang, abang tak keje, tapi ada je makanan, hidup je"
[1] Dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: Kami mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Barangsiapa yang (menjadikan) dunia tujuan utamanya maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan/tidak pernah merasa cukup (selalu ada) di hadapannya, padahal dia tidak akan mendapatkan (harta benda) duniawi melebihi dari apa yang Allah tetapkan baginya. Dan barangsiapa yang (menjadikan) akhirat niat (tujuan utama)nya maka Allah akan menghimpunkan urusannya, menjadikan kekayaan/selalu merasa cukup (ada) dalam hatinya, dan (harta benda) duniawi datang kepadanya dalam keadaan rendah (tidak bernilai di hadapannya)“. HR Ibnu Maja
Kaget. Kata simpul yang diucapkan menenggelamkan pemahaman sebenar ajaran dan bawaan Rasululullah s.a.w dan agama Allah.
Islam itu syumul. Menyeluruh. Saya tahu, aku manusia yang kadang-kala ditiduri dengan matlamat duniawi yang alpa akan asas cinta Allah lah yang membenihkan dunia yang kita diami. Tapi saya juga fahami, Islam mengajar kita untuk mencari rezeki setelah kewajipan dan hak Dia kita penuhi.
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)" ~ Surah Al Jumu'ah, ayat 10.
Saya faham, sedang Allah yang memberikan rezeki, doa itu seharusnya seiring dengan usaha. Apa kita lupa pada kisah unta yang ditambat? Apa kita lupa pada kata-kata Umar r.a? Kerana Islam itu menyuruh agar kita berusaha, bukan semata-mata berdiri atas konsep "alaa biarla, da takdir, takde rezeki"
By Syaiful Aidil Muliani
No comments:
Post a Comment