“kringgg! Kringgg!”
Dengan pantas penggera jam ditutup. Jasad yang dipacu ibarat
mayat hidup. Lemah longlai memasuki ruang bilik air. Selesai mandi dan
berwudhuk, solat subuh didirikan. Salam diberi di kiri dan kanan menandakan Adha sudah selesai menunaikan ibadah pembuka bagi hari pertama kuliah beliau. Doa
dipohon dari pemberi rahmat seisi alam agar hari-hari yang mendatang bakal
ditempuh dengan tenang dan mudah.
Cabaran bagi Adha dihari pertama tidak lain
tidak bukan adalah rakan sekelas. Senyum dilempar tatkala Adha menuruni
tangga. Mata melilau mencari nama di dalam senarai pelajar, dia tidak tahu apa
yang diharapkan olehnya melainkan kekaburan matlamat yang bermain di minda
pengelola jasad.
“Haa, ni pun nama aku.
Group I”. Adha bermonolog dalaman.
Tiba-tiba kedengaran satu suara menyapa Adha dengan lembut.
“Maaf, tumpang tanya, awak group I jugak ke? Kelas kt mana ye?” Soal si gadis
yang berada betul-betul di belakang Adha.
Orangnya sederhana tinggi, berkulit sawo matang, berbaju
kurung merah menyala, rambutnya diikat rapi ke belakang, mukanya ada iras-iras
bangsa Cina dan senyumannya cukup menawan. Sapaan gadis berbaju kurung tersebut
membuatkan Adha mati kutu. Mulutnya terkunci, dia bagaikan disapa bidadari
dunia.
Melihatkan keadaan Adha yang tidak menjawab pertanyaan,
seraya gadis tersebut bertanya sekali lagi.
“Awak? Awak group I kan? Kelas dekat mana?” Sekali lagi dengan tenang gadis
tersebut mengajukan soalan.
Adha tersentak. Raut wajahnya yang sebentar tadi tergamam
memberikan reaksi positif.
“Oh, hmm, dekat, dekat, ha, Bilik Kuliah 3. Dekat
sebelah sini je,” jawab Adha sedikit tergagap.
Gadis tadi yang bertanyakan soalan terus beredar setelah
ucapan terima kasih diberi. Adha hanya mengekorinya dari belakang. Tatkala
jasad sudah berada di ruang Bilik Kuliah 3, kelihatan kelibat manusia yang
sudah memenuhi ruang kosong. Kehadiran Adha dan gadis tadi sedikit pun tidak
diendah oleh rakan-rakan sekelasnya yang lain. Adha yang daripada tadi
terpacak di hadapan pintu masuk meninjau-ninjau tempat duduk yang masih kosong
dipanggil oleh gadis yang menegurnya di hadapan papan kenyataan.
“Awak! Sini, sini. Sini kosong takde orang duduk,” jerit
gadis tersebut.
Tanpa sepatah kata, Adha hanya menurut kata dan duduk di
sebelah gadis itu. Tubuhnya kaku, suasana janggal mula merasuk diri. Tiada kata
yang keluar melainkan lenggok badan dan senyuman yang dilempar oleh Adha sebagai tanda terima kasih. Nota dan pen dibawa keluar. Terdetik rasa sesal di hati Adha kerana menurut kata tanpa terlebih dahulu meninjau andai ada kekosongan
di tempat lain.
No comments:
Post a Comment