“Assalamualaikum
warahmatullah. Assalamualaikum warahmatullah”
Salam diberi dikiri dan kanan menandakan Adha sudah selesai
mendirikan solat fardhu Maghrib. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 7.45 minit
malam. Suara riuh dikoridor sudah mula menjadi santapan dimalam hari.
“eh,
awalnya diorang turun untuk taklimat”.
Melihatkan gelagat mereka yang
berlari-lari anak bergegas turun ke dewan, dengan pantas Adha mencapai jam
tangan dan buku nota untuk dibawa bersama. Amir, rakan sebilik Adha baru
sahaja hendak mendirikan solat. Langkah diatur, dengan tenang dia menuruni
tangga. Memasuki ruang dewan, dia mengambil posisi paling belakang di dalam
dewan tersebut.
“Assalamualaiku
warahmatullah hiwabarokatuh pelajar-pelajar sekalian..”
Mendapat khabar minggu orientasi akan bermula esok hari dan
bas akan bertolak tepat pada pukul 7.30 pagi bukanlah satu khabar gembira bagi Adha. Selesai sessi taklimat, Adha tidak banyak kerenah. Dengan segera wudhu
diambil, doa dibaca dan mulalah pelayaran bahteranya di alam mimpi yang lebih
indah bagi dia tatkala ini.
“kringgg!!! Kringg!!!”
“Da pukul 6 da? Haihhh.. rasa macam baru lelap je” Rungut si Adha sambil memerah keringat mengumpul daya untuk bangun menunaikan solat.
Pagi Isnin itu disambut dengan sapaan si burung. Langit cantik yang berdiri
megah tanpa tiang menjadi santapan buat mata-mata makhluk di atas muka bumi
ciptaan tuhan yang Esa. Tiada satu matlamat mahupun harapan yang tersemat di
hati Adha melainkan menanti detik berakhirnya minggu orientasi tersebut.
“Bangun! Bangun! Turun
cepat! Siapa lambat, kitorang tinggal!”
“Ishhh! Pagi-pagi da
memekak fasi-fasi ni. Humban keluar baru tahu”
“vroom! Vroom!”
Bas meluncur laju meninggalkan bumi Kuantan berarahkan bumi
Jengka. Bermulalah minggu orientasi. Seperti biasa, Adha mengambil tempat
duduk kedua dari belakang. Bertongkatkan dagu, mengenangkan nasib pengabdian
dia pada pendidikan demi masa depan yang kurang pasti. Hanya pokok dan langit
menjadi teman. Jasad kaku tanpa fikiran yang terbang mencari keseronokkan
dunia. Akhirnya rumah menjadi pilihan. Ciuman diberi pada kotak mesin yang
memancarkan siaran, dan mesin yang menjadi kegilaannya sejak kecil. Segalanya
sunyi. Dia benar-benar lena dibuai mimpi yang indah. Sekali sekala terasa
pergerakkan bas yang meluncur laju.
“Kau nak aku mampus ke
apa bawak bas laju-laju?”.
Terbit rasa amarah terhadap sikap pemandu yang memandu
bagaikan anjing gila. Lenanya diganggu, indahnya dicuri, kesunyiannya dipandu
pergi oleh bunyi enjin bas yang memecut laju.
“Okay! Kita da sampai.
Saya nak kamu semua bentuk kumpulan, satu kumpulan 4 orang. Senang cerita satu
bilik 4 orang. Beratur di sana, ambil kunci bilik, bantal dan cadar. Tepat
pukul 7, beratur di padang kawad bawah ni ye untuk ke masjid”
Arahan diberikan sebaik sahaja mereka tiba ke destinasi.
No comments:
Post a Comment