Saturday, April 27, 2013

Malaysia: Tiket Revolusi

Belum sempat saya menyarung kasut, gelombang suara manusia menyapa diri. Teguran dan salam sebagai pembuka bicara, yang akhirnya meleret ke topik revolusi kepimpinan manusia. Salah satu isi pendapat yang dilontar kepada saya adalah perubahan dan revolusi ala-ala 'Arab Spring' yang berlaku di Mesir.

Pada perspektif dan pandangan saya, rakyat Malaysia rata-rata terlalu taksub akan perubahan di tampuk kepimpinan, idea yang dibawa adalah peralihan zaman pemerintahan kuku besi kepada negara aman bakal dibajai dan dirasai setiap inci bangsa Malaysia. Namun kita sering alpa akan asas serta integriti satu-satu negara itu bukanlah atas paksi kepimpinan semata, namun konsep ukhwah teras kegemilangan ummah itu yang harus dititik-beratkan. 

Satu ketika dahulu tatkala diri dibelengu urusan dunia dan tenggelam dalam kepalsuan manusia, semangat persaudaraan dibawah payung Islam itu sudah kaku dibenam nafsu membabi buta. Maka yang tinggal, hanya sikap tamak dan pentingkan diri itu menjadi sebahagian dari fahaman dan panduan dalam meniti hari-hari mendatang. Teguran ikhlas dari seorang sahabat yang bersandarkan pada jihad dijalan Allah diberi, dari manusia yang mencari cinta hakiki, agar tidak terlalu taksub dalam meniti revolusi, sedang asas kendiri masih terkapai-kapai mencari definisi hidup secara literalasi. 

Dua tunggak yang menjadi acuan utama membentuk dinding persaudaraan yang teguh.

1. Solat berjemaah
2. Amalan usussi atau ziarah menziarahi

Berfikir dan bertaakul sejenak bagaimana aqidah yang teguh mula ingin disemai bermula dari turunnya wahyu kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. Seterusnya pembinaan tali persaudaraan yang disimpul melalu amalan ziarah untuk saling mengingati tentang kebesaran Allah, sehinggalah kepada pembentukkan perlembagaan pertama di dunia mula dilakar dibumi Madinah. Inilah sebaik-baik revolusi yang dibawa oleh Rasul bagi umat terakhir. 

Usah dibanding amalan kita dengan umat terdahulu yang sujudnya sehingga berlekuk tempat sujud, berzikir sehingga dililit badan akan akar yang menjalar, maka kita, umat Nabi Muhammad s.a.w diberikan keistimewaan untuk meneruskan legasi kerja Rasul yang dicintai. Dakwah dan keluar di jalan Allah. Maka disinilah pentingnya dua tunggak yang disebut yang harus dijadikan medium saluran dakwah. 

Apabila nilai Islam dapat dibajai dan ukhwah dapat genggami, maka masyarakat akan faham dari perspektif yang lebih matang dan berdikari. Tuntasnya, kepimpinan yang berkiblatkan korupsi dan kroni bakal turun atas tiket kuasa rakyat dan masyarakat yang faham dan lebih mengerti makna sebenar perjuangan tanpa tangan-tangan kotor cuba meracuni. 

Sekian sekadar pandangan.
Syaiful Aidil Muliani

2 comments:

Azizi Saliman said...

Asalamualaikum.

Revolusi itu satu perubahan yang berlaku secara tiba-tiba atau dalam jangka masa panjang?Tertukar pula dengan evolusi.

Untuk pendapat sendiri,tak dapat tidak untuk kita akui pucuk pimpinan yang bagus akan mencorak negara menjadi maju seiring syariat.Kalau tidak masakan Rasulullah SAW menyuruh mencegah kemungkaran melalui tangan dahulu?

syaiful aidil said...

betul la tu.. revolusi tu satu proses jangka pendek. Ending article ni tersalah guna perkataan. 'evolusi' sepatutnya ^^,