Sudah seminggu berlalunya cuti khas setelah selesai sessi
orientasi bagi kemasukkan pelajar baru. Esok merupakan hari pertama bagi kuliah
pertama Adha. Seperti biasa, mulut Adha terkunci, hatinya masih meratapi
kerinduan yang dipendam. Kali ini Adha pulang ke Kuantan seiring dengan
rakan-rakan yang baru dikenali semasa minggu orientasi, Az dan Amir rakan
sebiliknya. Ketibaan Adha disambut baik oleh mereka. Beg diletak di ruang
simpanan bagasi, langkah diambil menaiki bas PlusLiner.
Setibanya mereka di bumi Kuantan, mata Adha liar mencari teksi.
Suasana di terminal bas kuantan agak riuh dengan kehadiran pelancong dan juga
pelajar-pelajar. Pelajar senior juga sudah pun pulang dari cuti yang panjang
dan akan memulakan kuliah serentak dengan pelajar-pelajar baru. Tenaga
dikumpul, suara dilontarkan dengan lantang dan kuat.
“pakcik! Pakcik!” Jerit Adha.
Satu demi satu langkah diambil, dengan perlahan menuju ke Adha.
Wajah Adha sudah mula berkerut. Adha mula bermonolog
dalaman sambil merungut.
“Ahh, lembapnya
pakcik ni, dah la tengah penat ni”.
Sapaan diberi, soalan diaju oleh si pemandu teksi tersebut.
“Ye dik, adik nak kemana?”
“Padang Lalang. Berapa
ye kene bayar?” Soal Adha.
“RM10 je dik” Jawab si pemandu teksi dengan tenang.
Melihatkan keadaan teksi disana yang tidak menggunakan meter
seperti di Kuala Lumpur, Adha menerima sahaja. Sudah dapat menjangkakan
pemandu disana mengambil kesempatan dengan tidak menggunakan meter seperti yang
telah ditetapkan.
Berpijaknya Adha dan rakan-rakan dikampus, dengan pantas
bagasi diambil, wang dihulur dan terus mengorak langkah mendaki tangga. Sapaan
pada jiran bilik langsung tidak diberi. Adha bukanlah seorang yang peramah dan
mudah untuk memulakan perbualan, apatah lagi untuk menjalinkan persahabatan.
Tiada perkara yang lebih indah dan seronok bagi Adha untuk dilakukan selain
tidur.
Malam sudah menjengah, suasana sepi mula menghadirkan diri.
Bulan yang dari tadi melihatkan kelibat seolah-olah menyinarkan pancaran
selamat malam pada Adha. Seperti biasa, walaupun Adha bukanlah seorang yang
warak, namun menjadi kebiasaan bagi dia untuk setiap kali sebelum memulakan
pelayaran bahtera di alam mimpi akan didahului dengan wudhu dan disudahi dengan
doa.
No comments:
Post a Comment