Apabila Pilihan Raya Umum ke-13 mula menjengah negara berdaulat, maka timbul beberapa komen dan pandangan yang berintikan emosi dan egois semata-mata. Sekadar pandangan yang berasimilasikan hujah fakta dan teori politik itu sendiri, ini pandangan peribadi saya. Beberapa perkara harus dilihat dan dinilai dengan bijaksana oleh pemerhati bebas yakni rakyat itu sendiri.
1. Usah remehkan hak asasi.
Politik itu secara ringkas boleh difahamkan sebagai satu bentuk metadologi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Malaysia adalah sebuah berdaulat yang berdiri di atas paksi 'Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan', maka penerapan kepada konsep 'Hak Asasi' telah dipegang teguh sejak kemerdekaan dicapai melalui beberapa kronologi rundingan dengan pihak British. Mengambil contoh Raja sebaik-baik raja yakni Raja Sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan Konstantinopel seawal usia 21 adalah satu contoh mudah dan berkesan. Beliau didedahkan dengan pelbagai ilmu serta strategi perang, malah pentadbiran negara diusia muda. Tatkala kita terkapai-kapai untuk mempraktik hak mengundi apabila usia baru mengetuk pintu umur majoriti, beliau sudah pun mengetuai 25 kempen bala tentera. Tidak mengundi bukan jenayah kepada Hak Asasi anda, tapi anda menzalimi sebuah proses pembentukkan negara demokrasi.
2. Politik harian vs Politik tahunan
Membuat perbandingan adalah salah satu strategi paradigma dalam meletakkan negara setapak kehadapan terutama dalam arus ledakkan globalisasi. Maka tidak lokek untuk meletakkan USA, Jepun dan beberapa negara eropah sebagai kayu ukur. Mudah, politik di Malaysia lebih kepada isu harian. Dari longkang tersumbat, paip bocor sehinggalah kepada pokok tumbang. Sebaliknya di USA sebagai contoh, 'Education' dan 'Space Program' menjadi manifesto dalam menggerakkan negara. Maka perkara yang lebih besar dan serius sering sekadar menjadi santapan fajar menyinsing tetapi tidak diskusi ke peringkat lebih tinggi.
3. 'Individualism' vs 'Collective Responsible'.
Usah nafi, ideologi politik menjadi asas timbang-tara terhadap seseorang politikus serta mainan politikingnya. Acap kali penilaian serta 'standard' diletakkan diatas bahu parti berbanding kredibiliti politikus tersebut. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Itu kata santun yang paling tepat untuk digunakan. Maka penilaian harus dibuat berasaskan hujah serta asas yang kukuh.
Sekian. Sekadar pandangan.
Syaiful Aidil Muliani.
No comments:
Post a Comment