Sunday, July 15, 2012

Cikgu vs Pensyarah

assalamualaikum..

Pertama sekali sekadar meluahkan perasaan, tidak pula mengadu. Bosan sebab seringkali mengemas kini blog dalam Bahasa Inggeris sedang bahasa ibunda adalah Bahasa Malaysia. Nanti mesti ada yang mengata..

"ish ish ish, macam mana nak memperbaiki bahasa Inggeris sedang diri malas mempraktikkannya"

Niat tersemat dari awal pembinaan blog adalah kerana semangat memperbaiki Bahasa Inggeris. Sungguh! Tak tipu. Malah sehingga kini penulisan di blog merupakan salah satu alternatif memperbaiki bahasa Inggeris.Tapi kadang-kala tersentap juga dibenak fikiran, apa salahnya sekali-sekala mengemas kini blog dalam bahasa Malaysia. Lebih santai dan lebih selesa. 

Panjang lebar pengenalan entri. Sedikit pun tidak terkene tempiasnya dengan mauduk entri saya kali ini. Cikgu vs Pensayarah. Apa yang saya hendak tekankan cuma perbezaan antara cikgu dan pensyarah dari segi peranannya.

Sering kedengaran suara-suara sumbang yang memperkotak-katikkan peranan pensyarah serta sikap mereka mempraktikkan "mencari sebelum bertanya". Intipati peranan mereka memanglah berbeza sedang konteks pelaksanaannya juga berbeza.

Berbezanya kedua-dua peranan tersebut adalah disebabkan tahap pemikiran serta kemampuan berdikari anak-anak didik mereka yang berbeza. Takkanlah kanak-kanak berumur 10 tahun diminta membuat kajian dahulu sebelum mengesahkan jawapan? Nah, sebab itulah jawapan diberi siap-siap. Berbeza pula dengan mereka yang sudah mencapai umur majoriti yakni mahasiswa dan mahasiswi. Kalau sudah bergelar mahasiswa-siswi tapi masih bersandarkan pertolongan pensyarah tanpa usaha mengkaji terlebih dahulu, usah iktiraf diri warga universiti lah.

Kelakar juga melihat fenemona mahasiswa/siswi yang bergantung seratus peratus pada nota slide yang diberikan pensyarah. Fenomena seperti ini memang biasa berlaku masa zaman asasi. Sedang itu, pensyarah pula dimaki dan diherdik, ditomahnya pula fitnah mengatakan pensyarah pemalas, sekadar bagi point bagi satu-satu subtopik. 

"eh cik adik, sudah la engkau menuntut ilmu dengan si dia, kau herdik pula dia dengan kenyataan tak berotak kau tu. Pegi la buat rujukan pada buku!"

"Di sekolah, pendidikan ibarat makanan yang sudah siap disediakan, tetapi di Universiti, pendidikan ibarat bahan-bahan di dapur, mahasiswa mahasiswi lah yang harus menyediakan sedang pensyarah sebagai pembibing"

No comments: